Rusuhan 'ves kuning' di Paris semakin ganas

Anggota bomba memadam kenderaan yang dibakar perusuh 'ves kuning'. - Foto Reuters
Anggota bomba memadam kenderaan yang dibakar perusuh 'ves kuning'. - Foto Reuters
A
A
A
PARIS - PERANCIS. Sekumpulan penunjuk perasaan bertopeng dan bersenjata batang besi serta kapak, merusuh di tengah ibu kota Perancis semalam, membakar berpuluh-puluh kereta dan bangunan, sebagai membantah kenaikan cukai bahan bakar.

Tunjuk perasaan besar-besaran yang semakin ganas itu, menyaksikan lebih 200 orang ditahan manakala hampir 100 lagi cedera apabila perusuh membaling objek ke arah polis pencegah rusuhan, membakar kereta dan merosakkan premis kedai.

Berhampiran Arc de Triomphe yang menempatkan beberapa kedutaan asing, kumpulan penunjuk perasaan membakar van polis dan menterbalikkan kereta.

Perusuh 'ves kuning' mencetus kekacauan ganas di bandar Paris. - Foto Reuters
Perusuh 'ves kuning' mencetus kekacauan ganas di bandar Paris. - Foto Reuters



Sekurang-kurangnya dua bangunan turut dibakar.

Artikel Berkaitan:


Penunjuk perasaan turut merusuh berhampiran Hotel Ritz apabila mereka bertindak menumbangkan dan membakar pokok krismas yang menghiasi jalan raya.

Menurut polis, terdapat pelampau berhaluan kanan dan kiri menyusup masuk ke dalam demonstrasi lebih 5,000 penunjuk perasaan ‘ves kuning’, yang turut mendesak peletakan jawatan Presiden Emmanuel Macron. — Reuters