Permit suspek kes pukul kanak-kanak autisme tamat tempoh

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Permit lawatan sosial pengurus pusat asuhan kanak-kanak yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang kanak-autisme didapati tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen.

"Penahanan reman suspek yang tamat pada Jumaat juga disambung sehingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Ahad, pengurus sebuah pusat asuhan kanak-kanak diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang kanak-kanak autisme di pusat asuhan berkenaan.

Pada Jumaat, tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes itu.

Artikel Berkaitan: