Lynas ubah fakta sisa buangan WLP: Fuziah

Fuziah Salleh -Foto Sinar Harian
Fuziah Salleh -Foto Sinar Harian
A
A
A

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menafikan dakwaan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) bahawa Condisoil yang mengandungi sisa radioaktif Water Leached Purification Residue (WLP) merupakan satu kejayaan kepada aplikasi komersial.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa, laporan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut dalam sebuah akhbar tempatan bahasa Inggeris merupakan satu laporan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, laporan tersebut juga didapati fakta sebenar berkenaan keburukan sisa buangan tersebut telah diubah oleh pihak Lynas.

"Lynas selama ini agak ketara tidak mahu bercakap berkenaan sisa radioaktif WLP dan mungkin mempercayai bahawa rakyat juga akan terus mempercayai strategi mereka yang tidak menyebut tentang WLP. Seolah2 sisa buangan radioaktif tersebut tidak wujud.

"Saya kira Lynas tidak harus membuang masa menggunakan strategi media ini. Sebaliknya harus menumpukan kepada usaha menghantar sisa radioaktif WLP ke negara asal Australia seperti yang telah di syaratkan oleh Menteri Tenaga, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin," katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata Lynas harus terima hakikat bahawa Yeo Bee Yin telah mengumumkan bahawa sisa radioaktif kilang Lynas tidak boleh diteruskan dan perlu membawa sisa tersebut pulang sebelum tempoh tamat lesen pengoperasian Lynas pada September 2019.

Menurutnya, Jawatankuasa Eksekutif keatas Lynas juga telah menyarankan bahawa semua kajian mengenai pengkitaran semula residu Neutralization Underflow Residue (NUF), tanla melibatkan residu WLP boleh di teruskan.

"Oleh kerana condisoil mengandungi bahan WLP, maka ianya tidak boleh di teruskan samada dalam bentuk kajian atau potensi kegunaannya.

Artikel Berkaitan:

"Warga Kuantan yang saya wakili mahu Lynas lebih bertanggungjawab dan tidak terus menerus mengelirukan rakyat dengan kenyataan menyeleweng begini," katanya.