Operasi kesan lelaki murung hilang diperluaskan

Unit K9 JBPM turut bantu dala operasi SAR mengesan lelaki yang hilang sejak Selasa. - Foto JBPM Perak.
Unit K9 JBPM turut bantu dala operasi SAR mengesan lelaki yang hilang sejak Selasa. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

TELUK INTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit di Alor Bakong, Langkap di sini, diteruskan dengan jarak pencarian diperluaskan sehingga tiga kilometer.

Ketua Balai bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, operasi hari ketiga mencari mangsa berusia 36 tahun itu dijalankan bermula dari lokasi terakhir barang-barangnya ditemui.

"Seramai 65 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Khidmat dua ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan dalam usaha pencarian mangsa," katanya di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, pencarian dilakukan dengan pelbagai kaedah dengan dibahagikan kepada dua kumpulan namun gagal menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai mengalami kemurungan dilaporkan hilang di kebun berkenaan sejak Selasa.

SAR digerakkan selepas polis menerima laporan kehilangan mangsa dan menemukan motosikal serta telefon bimbit di kebun berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Kebun kelapa sawit tersebut dianggarkan seluas 80 hektar dan lokasi itu bersambung dengan Hutan Simpan Chikus.

Artikel Berkaitan: