Sila log masuk terlebih dahulu.

Idris sahkan jumpa Mohamad Sabu

Tular gambar Mohamad Sabu (tengah) bertemu Idris (kiri) Dan Adly (kanan).
Tular gambar Mohamad Sabu (tengah) bertemu Idris (kiri) Dan Adly (kanan).
A
A
A

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Melaka.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, pertemuan malam Khamis itu yang disertai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari hanya sekadar pertemuan biasa dan beliau menerima ucapan tahniah daripada Mohamad Sabu kerana berani menolak kemungkaran.

"Mohamad datang berjumpa untuk ucapkan tahniah, dan mengatakan ini tindakan yang berani, memang kena ada orang-orang macam ini, jika tidak kemungkaran akan berterusan.

"Beliau profesional dan tiada perbincangan tentang parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Sekeping gambar yang didakwa pertemuan antara Idris dan Mohamad Sabu sebelum ini tular di media sosial.

Dalam pada itu, Idris berkata, tindakan menarik sokongan sehingga tumbang kerajaan negeri bukan agenda politiking tetapi penentangan terhadap kemungkaran dan membina semula keyakinan rakyat.

Jelas beliau, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut semangat perlembagaan disifatkan wajar, namun jika ada sebarang usaha untuk menidakkan perlembagaan oleh tangan-tangan tertentu, ia akan mencemarkan institusi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam sebagai simbol perpaduan dan keharmonian negeri tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, pembubaran DUN dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan didakwa tidak mengikut prosedur sedangkan dalam masa sama pandemik Covid-19 masih melanda.

Artikel Berkaitan:

"Kata tidak boleh Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana pandemik, jika demikian kenapa bubar? Rakyat melihat dan menilai apa yang berlaku.

"Ini lebih membawa padah apabila pertukaran kepimpinan yang sepatutnya berlaku secara harmoni telah menjadi isu dan dikhuatiri boleh menjadi krisis perlembagaan dan memalukan Malaysia di mata dunia," katanya.