Guru-guru di Ukraine diarah terima vaksin Covid-19

Ukraine mewajibkan para guru dan sebahagian kakitangan kerajaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. - Foto AFP
Ukraine mewajibkan para guru dan sebahagian kakitangan kerajaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Ukraine pada Khamis mewajibkan guru-guru dan sebahagian kakitangan kerajaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi melindungi kesihatan penduduk di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan ketika negara tersebut berdepan dengan peningkatan kadar jangkitan Covid-19 dan masalah kelembapan vaksinasi ke atas penduduknya.

Pihak berkuasa di negara bekas Kesatuan Soviet itu kini berusaha untuk meyakinkan penduduknya mendapatkan suntikan vaksin.

"Keputusan untuk (mewajibkan guru-guru dan sebahagian kakitangan awam mendapatkan suntikan vaksin Covid-19) itu bertujuan melindungi nyawa dan kesihatan penduduk Ukraine," kata Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko dana satu kenyataan.

Beliau berkata, majoriti pesakit Covid-19 di hospital terdiri daripada mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin koronavirus.

Kementerian Kesihatan negara tersebut memaklumkan, setakat hujung bulan lalu, sebanyak 46 peratus guru menerima vaksin.

Ukraine merekodkan lebih 2.4 juta kes Covid-19 dan lebih 57,000 kematian akibat Covid-19 di negara yang mempunyai 40 juta penduduk. - Agensi

Artikel Berkaitan: