X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Peluang besar PRN Melaka dilaksana dalam tempoh 60 hari

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof dalam program Wacana Sinar edisi ke-296 yang bertajuk Jebat Vs Tuah: Pasca Pandemik yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berpendapat terdapat peluang besar bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau berkata, tiada alasan untuk lari daripada proses pilihan raya dalam tempoh 60 hari apabila berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Pilihan raya perlu kerana konteks asasnya ialah sistem demokrasi. Saya rasa (PRN) itu proses yang penting.

“Kita kena faham dalam konteks pilihan raya, tujuan pilihan raya ialah memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik,” katanya pada program Wacana Sinar edisi ke-296 yang bertajuk Jebat Vs Tuah: Pasca Pandemik yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah penganalisis politik, Mujibu Abd Muis; Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Akmal Saleh; Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah, Datuk Ginie Lim Siew Lin manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Menurutnya, PRN mempunyai tempoh yang panjang iaitu 60 hari dan tidak semestinya proses berkenaan dilaksanakan pada bulan ini.

“Boleh dilaksanakan sehingga pada Disember dan jika dilihat perkembangan yang berlaku saya percaya, terdapat peluang yang besar untuk dilaksanakan PRN melainkan jika wujud perkara di luar jangkaan.

“Contohnya wujud varian yang luar biasa, tidak dapat dikawal dan sebagainya.

“Pada waktu itu mungkin boleh diisytiharkan darurat,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!