Mangsa cedera gempa bumi di Tokyo meningkat 32 orang

Pada petang Khamis, satu gempa bumi kuat melanda wilayah ibu negara Jepun. Awalnya, magnitud gempa dianggarkan pada 6.1 tetapi kemudian turun ke 5.9.
Pada petang Khamis, satu gempa bumi kuat melanda wilayah ibu negara Jepun. Awalnya, magnitud gempa dianggarkan pada 6.1 tetapi kemudian turun ke 5.9.
A
A
A

TOKYO - Jumlah mangsa cedera akibat gempa bumi kuat di Kawasan Tokyo, Jepun meningkat kepada 32 orang, lapor Sputnik.

Menurut Agensi Berita Kyodo pada Jumaat, tiga orang berada dalam keadaan kritikal.

Laporan Yomiuri Shimbun sebelum ini menyatakan jumlah yang cedera adalah 28 orang dan tidak mengancam nyawa.

Pada petang Khamis, satu gempa bumi kuat melanda wilayah ibu negara Jepun.

Awalnya, magnitud gempa dianggarkan pada 6.1 tetapi kemudian turun ke 5.9.

Jepun terletak di zon aktif seismik yang dikenali sebagai lingkaran gunung berapi dan sering mengalami gempa bumi kuat.

Gempa 9.0 pada skala Richter pada 2011 dan disusuli tsunami mengorbankan lebih 15,000 orang selain menyebabkan krisis loji nuklear Fukushima. - Bernama

Artikel Berkaitan: