Sila log masuk terlebih dahulu.

Belgium rugi besar tewas kepada Perancis

Pemain Belgium, Eden Hazard dikawal ketat pemain Perancis, Adrien Rabiot pada aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat. - Foto EPA
Pemain Belgium, Eden Hazard dikawal ketat pemain Perancis, Adrien Rabiot pada aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez menyifatkan kekalahan 2-3 skuad kendaliannya itu kepada Perancis pada aksi suku akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat sebagai satu kerugian besar terhadap segala kerja keras yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

Menurut Martinez, pihaknya nyata kecewa dengan kekalahan berkenaan berikutan segala kerja keras yang dibuat bagi memantapkan skuad Red Devils itu sejak lima tahun kebelakangan ini telah ‘musnah’ akibat kekalahan berkenaan.

“Kami sangat kecewa kerana tewas pada perlawanan ini. Kami gagal mempertahankan kelebihan yang dimiliki.

“Malah, kami juga gagal mengawal perlawanan pada separuh masa kedua dan membiarkan lawan bebas mengatur asakan dan menjaringkan gol.

“Akhirnya, mereka (Perancis), menghukum kami dengan mempamerkan kebangkitan pada lewat perlawanan dan seterusnya memusnah impian kami untuk beraksi di pentas final,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Belgium mendahului 2-0 hasil jaringan Yannick Carrasco pada minit ke-37 dan Romelu Lukaku (min-40).

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, Perancis dilihat mula bangkit mengatur asakan dan menyaksikan Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-62, diikuti Kylian Mbappe yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 dan Theo Hernandez menjaringkan gol ketiga yang gol kemenangan pada masa kecederaan.

Sementara itu, Martinez berharap agar kekalahan seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua juga pemain diharap dapat mengenal pasti kesemua kesilapan serta kelemahanan yang dimiliki bagi memastikan kejayaan pasukan.

“Kami begitu kecewa. Kami telah mendahului, tetapi malangnya kami membiarkan lawan kembali bangkit dan seterusnya memenangi perlawanan.

“Apabila beraksi dengan pasukan seperti Perancis, mereka akan menghukum apa sahaja kesilapan yang kita lakukan dan saya akan pastikan ia tidak akan berulang lagi selepas ini,” katanya.