Argentina, Paraguay terikat tanpa jaringan

Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Paraguay pada aksi berkenaan. - foto EPA
Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Paraguay pada aksi berkenaan. - foto EPA
A
A
A

JUARA Copa America 2021, Argentina gagal merealisasikan misi meraih tiga mata apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan Paraguay, pada Jumaat.

Biarpun menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diterajui penyerang sensasi, Lionel Messi, skuad Albicaleste itu dilihat beraksi hambar pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, kesempatan itu turut gagal dimanfaatkan Paraguay biarpun beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan itu menyaksikan Argentina berada pada kedudukan kedua dengan 19 mata di belakang pendahulu Brazil, manakala Paraguay berada pada kedudukan keenam dengan 12 mata.

Argentina dijadualkan berdepan Uruguay pada 11 Oktober ini manakala Paraguay bakal berdepan Chile.

Artikel Berkaitan: