X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Selamatkan rakyat atau wakil rakyat?

A
A

KEMELUT politik di Melaka nampaknya semakin rumit. Selepas pendedahan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka tidak akan menyelesaikan masalah dalam masa terdekat.

Pelbagai pihak tampil memberi pandangan terutama berhubung kesesuaian mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika kes Covid-19 masih belum reda.

Selepas melihat apa yang berlaku pada PRN Sabah lalu, ramai yang bimbang kemungkinan gelombang Covid-19 berulang selepas PRN dilaksanakan di Melaka nanti.

UMNO pula tidak menolak kemungkinan mengesyorkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat bagi menghalang PRN Melaka.

Bagi Pakatan Harapan (PH), mereka seboleh-bolehnya mahu terus mengambil alih kerajaan negeri semula tanpa perlu melalui proses pilihan raya, sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada di tengah-tengah.

Di saat banyak pihak memberi tumpuan kepada parti-parti bagi menghadapi kemungkinan PRN Melaka, mereka lupa bahawa kunci sebenar dalam game ini ialah rakyat Melaka sebagai pengundi.

Jika berlaku, PRN kali ini boleh diibaratkan sebagai ‘PRN norma baharu’ - jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan UMNO kuat di Melaka dan PRU14 yang menyaksikan kekuatan beralih kepada PH selepas disertai Bersatu pada ketika itu.

Rakyat Melaka terutama pengundi atas pagar kini dibebankan dengan tugas berat untuk membuat keputusan. Jika salah pilih, kemelut politik di Melaka ketika ini tidak akan selesai dan berterusan untuk tempoh panjang.

Hanya kerana pertelingkahan dalaman UMNO di Melaka, rakyat diseret sama supaya keluar mengundi di saat baru hendak menarik nafas lega menikmati Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mahu tak mahu, rakyat memainkan peranan nanti walaupun ada yang mengeluh dan melontarkan soalan ‘Rakyat keluar mengundi untuk selamatkan masa depan rakyat, atau untuk selamatkan masa depan wakil rakyat?’.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!