X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun mata wang negara maju itu mengalami pengukuhan.
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis walaupun mata wang negara maju itu mengalami pengukuhan susulan laporan pekerjaan swasta AS yang lebih baik berbanding jangkaan apabila merekodkan pertambahan 568,000 pekerjaan pada September, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1820/1835 berbanding dolar AS daripada 4.1825/1845 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemelut had hutang di AS juga dilihat reda seketika memandangkan kedua-dua parti politik mungkin mencapai persetujuan untuk melanjutkan tempohnya.

Selain itu, media melaporkan pekerjaan swasta di AS meningkat sebanyak 568,000 pada September, lebih baik daripada unjuran Dow Jones berasaskan ahli ekonomi pada 425,000, naik berbanding data Ogos yang merekodkan 340,000 pekerjaan ditambah.

“Justeru, Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar di atas paras 94,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, tumpuan kini juga terarah kepada laporan pembayaran gaji bukan ladang AS bagi September.

Mohd Afzanizam berkata, sekiranya angka itu lebih tinggi ia mungkin mendorong Rizab Persekutuan AS untuk meneruskan langkah mengurangkan program pembelian aset pada November, sekali gus mengorak laluan bagi kenaikan kadar faedah pada 2022.

“Oleh itu, ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7517/7534 daripada 3.7501/7522 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0784/0797 daripada 3.0702/0719.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.8344/8361 daripada 4.8270/8293 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.6833/6854 daripada 5.6669/6696. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!