'Saya hanya diamanahkan jaga hal ehwal Islam': Idris

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menjelaskan beliau hanya diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam.

Penjelasan itu dibuat Idris bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Khamis.

"Saya hanyalah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Saya ingat itu jelaslah kerana saya juga merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu," katanya.

Mohamad sebelum itu, bangkit mencabar Idris supaya menjawab sama ada beliau bersedia untuk menjaga kepentingan agama lain di Malaysia.

"Apakah dalam Mesyuarat Kabinet akan datang (suarakan untuk) menteri akan memantau agama lain? Bukan sekadar hanya agama Islam seperti menteri agama di Indonesia?.

"Apakah menteri agama ini (Idris) berhasrat untuk jaga agama-agama di Malaysia ini? Kalau berani jawab," cabar Mohamad.

Artikel Berkaitan: