X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

‘Tuntut’ laporan projek pembangunan vaksin RM2 bilion

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A

KUALA LUMPUR – Isu pembangunan vaksin terus menjadi tumpuan di Dewan Rakyat, terbaharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim Bandar Baharu) ‘menuntut’ kad kemajuan projek pembangunan vaksin manusia bernilai RM2 bilion yang pernah dilaksanakan kerajaan 15 tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

Beliau bangkit memberikan soalan tambahan ketika Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang menjawab pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

Saifuddin Nasution berkata, kerajaan sepatutnya mendedahkan perkembangan pembangunan vaksin yang terdahulu sebelum meneruskan projek baharu pembangunan vaksin Covid-19.

“Tajuk pembangunan vaksin bukan benda baru, yang baru adalah pembangunan vaksin untuk Covid-19 tetapi pembangunan vaksin manusia sebenarnya topik lama.

“15 tahun dulu, negara kita ada dasar bioteknologi negara di bawah RMK9 (2006-2007), kerajaan peruntukan RM2 bilion dan dibawahnya ada dua agensi untuk melakukan kajian dan pembangunan vaksin manusia.

“Saya nak tanya, berkenaan RM2 bilion, sebelum kita cakap (projek vaksin Covid-19) yang sekarang, kerajaan mesti tunjukkan kepada kita kad kemajuan ini dulu,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau juga bertanya apakah ciri khusus bagi pelan pembangunan vaksin daripada makmal ke pasaran yang boleh kerajaan beri jaminan bahawa rancangan tersebut tidak lagi akan tersangkut dan terbengkalai.

Menjawab perkara yang dibangkitkan itu, Aaron Ago bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat terperici berkenaan projek pembangunan vaksin terdahulu dan akan mendapatkannya kemudian.

Mengulas berhubung jaminan yang diminta berkaitan projek pembangunan vaksin Covid-19, beliau menjelaskan prosesnya memerlukan beberapa peringat yang panjang.

“Prosesnya panjang, ujian dilakukan daripada haiwan kecil ke besar dan daripada haiwan kepada manusia.

“Lepas buat analisis kepada semua tindakan ini baharu pendaftaran dapat dibuat, dibangun dan dikilangkan,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!