Rentas negeri secara haram punca kes Covid-19 Perlis melonjak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Aktiviti rentas negeri secara haram menjadi punca jangkitan harian Covid-19 di Perlis melonjak ke paras tertinggi iaitu 200 kes pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti haram itu dipercayai dilakukan penduduk tempatan dari Kedah.

"Puncanya (peningkatan kes) disebabkan rentas negeri secara haram," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Perlis adalah 4,422.

Beliau juga tidak menolak individu yang tidak bertanggungjawab itu memasuki Perlis melalui jalan tikus bagi mengelak sekatan jalan raya.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 194 daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kategori satu dan dua.

"Jumlah kes harian itu juga terdiri daripada 94 kes saringan Kluster Penyayang Jejawi," katanya.

Kluster Penyayang Jejawi mula dilaporkan pada 1 Oktober lalu membabitkan warga emas penghuni Rumah Seri Kenangan, Kangar dan kakitangannya.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, seramai 162 orang telah disaring dan 125 daripada jumlah itu disahkan positif Covid-19.