UMNO sudah serah surat gugur keahlian Nor Azman, Idris Haron

Nor Azman (kiri) dan Idris Haron.
Nor Azman (kiri) dan Idris Haron.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO telah menyerahkan surat rasmi pengguguran keahlian dua bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, surat itu diserahkan kepada Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pada Selasa dan diterima dua ADUN berkenaan yang juga sebelum ini ahli UMNO bahagian itu pada Rabu.

Kedua-dua mereka ialah bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan.

“Mengikut dua fasal dalam Perlembagaan UMNO, mereka berdua telah tergugur daripada keahlian UMNO,” katanya pada sidang akhbar di bilik media Bangunan Parlimen di sini pada Khamis.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lepas susulan tindakan empat ADUN iaitu Idris dan Nor Azman serta Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ADUN daripada UMNO yang telah mengkhianati kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) akan dipecat. - Bernama

Artikel Berkaitan: