Covid-19: 9,890 kes baharu hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 9,890 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 162 kes merupakan kategori tiga hingga lima manakala selebihnya, 9,728 adalah kategori satu dan dua.

Menurutnya, keseluruhan kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara pada Februari tahun lalu adalah 2,313,727 kes dengan.

"Tiga negeri merekodkan jangkitan tertinggi adalah Sarawak dengan 1,413 kes disusuli Selangor (1,402) dan Kelantan (1,032).

"Johor pula mencatatkan 993 kes, Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721), Terengganu (699), Pahang (564), Kedah (250), Melaka (260) dan Kuala Lumpur (250)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perlis turut merekodkan jangkitan harian tertinggi di negeri itu dengan 200 kes dan Putrajaya (50) manakala di Labuan tidak merekodkan sebarang kes.

"Sebanyak 827 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 445 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 12,884 kes sembuh turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,157,565 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 13 kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan tujuh kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster pendidikan lain.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,560 yang mana 4,646 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan 911 lagi masih aktif," katanya.