X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

JANS digesa selesai masalah air di Kota Kinabalu

Keadaan di salah sebuah rumah penduduk kawasan Sepanggar apabila sudah hari kelima tidak menerima bekalan air bersih. (Gambar kecil: Aliakbar)
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sekali lagi digesa segera menyelesaikan masalah air yang tiada kesudahan di negeri ini terutama di sekitar Kota Kinabalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, masalah air di negeri ini terutama di Sepanggar, Kota Kinabalu semakin kritikal dan turut menjejaskan kehidupan penduduk.

"Masalah ini seperti tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak JANS yang sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya menyalurkan maklumat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung masalah air di Sepanggar sejak lima hari lalu.

Tambah beliau lagi, notis catuan bekalan air juga tidak diterima menyebabkan penduduk tidak mempunyai sebarang persediaan untuk menyimpan bekalan air bersih.

"Sudah terlalu banyak aduan yang dikemukakan tetapi sehingga ke hari ini tiada maklumat dan tindakan susulan yang diambil.

"Pelbagai cara untuk menghubungi JANS termasuk berhubung terus dengan pengarah dan jurutera jabatan berkenaan tetapi tidak berjaya," katanya.

Aliakbar yang juga Setiausaha Pas Sabah turut mempersoalkan sampai bila rakyat perlu menanggung derita akibat ketiadaan bekalan air di kawasan berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!