Mat rempit masuk 'jerat' polis

Enam penunggang motosikal yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya LEKAS, pada Khamis.
Enam penunggang motosikal yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya LEKAS, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keseronokan dua geng mat rempit melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dekat sini tengah malam Khamis akhirnya masuk 'jerat' polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, seramai enam penunggang motosikal ditahan menerusi Operasi Khas Samseng Jalanan

Menurutnya, tiga penunggang dikesan melakukan aksi menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig zag di Lebuhraya Persekutuan arah Klang ketika operasi sepasukan anggota Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

"Ketiga-tiga penunggang itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, satu lagi individu membabitkan tiga penunggang motosikal pula ditahan di Taman Desa Mutiara, Sungai Jelok Kajang.

Kata beliau, mereka dikesan melakukan aksi Superman, bersaing sesama sendiri dan zig zag di Lebuhraya LEKAS arah Kuala Lumpur kira-kira jam 12.50 tengah malam.

"Polis turut menyita kesemua motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dan Yamaha 135LC membabitkan dua kumpulan berkenaan," ujarnya.

Tegas Mohd Nadzri, kesemua penunggang berusia 15 hingga 23 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: