Sweden disyor tidak guna vaksin Moderna kepada golongan muda

Vaksin Covid-19 keluaran Moderna diminta dihentikan penggunaan ke atas golongan muda di Sweden - Foto AFP
Vaksin Covid-19 keluaran Moderna diminta dihentikan penggunaan ke atas golongan muda di Sweden - Foto AFP
A
A
A

STOCKHOLM - Agensi Kesihatan Awam Sweden pada Rabu mengesyorkan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh Moderna dihentikan penggunaannya ke atas golongan muda di negara itu.

Cadangan pemberhentian itu perlu ekoran terdapat kebimbangan ketidaksesuaian untuk penduduk berusia di bawah 18 tahun.

Agensi kesihatan itu menyatakan ia menerima bukti bahawa berlaku peningkatan kesan sampingan seperti keradangan dalam otot jantung dan jantung.

"Agensi Kesihatan Awam memutuskan untuk menghentikan penggunaan vaksin Moderna, Spikevax untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 1991 dan selepas tahun tersebut atas sebab-sebab kesihatan," kata agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mereka yang dilahirkan pada tahun 1991 dan selepasnya sepatutnya menerima vaksin Pfizer/BioNTech.

Ia menyatakan risiko tentang kebimbangan terhadap jantung itu mempunyai kaitan dengan suntikan kedua vaksin berkenaan.

Agensi itu juga memberitahu bahawa risiko itu kemungkinan berlaku ke atas kanak-kanak dan golongan muda jika mereka menerima suntikan berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!