Covid-19: Tiada had kekerapan ujian kendiri pelajar

KPM tidak menetapkan jumlah kekerapan perlaksanaan ujian kendiri Covid-19 di sekolah harian sebaliknya ujian akan terus dibuat sekiranya terdapat pelajar yang bergejala. - Gambar hiasan
KPM tidak menetapkan jumlah kekerapan perlaksanaan ujian kendiri Covid-19 di sekolah harian sebaliknya ujian akan terus dibuat sekiranya terdapat pelajar yang bergejala. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menetapkan jumlah kekerapan perlaksanaan ujian kendiri Covid-19 di sekolah harian sebaliknya ujian akan terus dibuat sekiranya terdapat pelajar yang bergejala.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelajar yang dikenal pasti kurang sihat ketika berada di sekolah akan diasingkan untuk pelaksanaan ujian kendiri Covid-19.

“Pelaksanaan ujian bagi pelajar sekolah harian akan dilaksanakan sekiranya mereka berada di sekolah dan menunjukkan gejala. Jika ada, kita tidak tetapkan berapa kali seminggu.

“Jika ada pelajar yang sihat ketika tiba di sekolah tetapi tiba-tiba didapati bergelaja akan diasingkan dan lakukan ujian sebelum tindakan lanjut,” katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang mahu tahu kekerapan ujian kendiri menggunakan kit yang disediakan KPM bagi sekolah-sekolah harian dan jumlah kes positif di sekolah yang akan menjadi kayu mengukur penutupan operasi sekolah.

Mohd Radzi menjelaskan, perbincangan telah dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kemungkinan berlaku kes positif di sekolah,

“Kami bersetuju jika ada sebarang kes di sekolah, akan rujuk ke pejabat kesihatan daerah (PKD) dan PKD akan menasihat kementerian dan sekolah apakah pendekatan yang akan diambil,"katanya.

Artikel Berkaitan: