Rafiq pahat sejarah di bumi Hong Kong

Muhammad Rafiq Ismail. - Foto Bernama
Muhammad Rafiq Ismail. - Foto Bernama
A
A
A
PEMAIN tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama negara sejak 1979 meraih pingat emas dalam acara perseorangan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam semalam.

Atlet berusia 19 tahun itu yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia tahun ini, menewaskan Dan MacLelland dari Kanada 217-204 pada final.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir, Muhammad Rafiq berhadapan saingan getir semasa menentang pemain Amerika Syarikat, Kyle Troup sebelum memenanginya dengan 171-170.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Boling Lelaki Dunia ialah pada 1979 menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo. - Bernama
Artikel Berkaitan: