88.8 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam. Gambar hiasan
Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 22,135,242 individu atau 88.8 peratus populasi telah lengkap suntikan dos vaksin.

Peratusan itu menjadikan hanya 1.2 peratus lagi diperlukan bagi membolehkan aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Mengikut laman sesawang Covid Now yang dikemaskini 11.59 malam Rabu, seramai 1,348,674 individu atau 5.8 peratus belum lengkap suntikan.

Kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengikut negeri menunjukkan Sabah berada kedudukan paling rendah dengan hanya 63.3 peratus individu lengkap suntikan diikuti empat negeri lain iaitu Kelantan (72.9), Perak (77.3), Kedah (78.2) dan Pahang (79).

Negeri yang mencatatkan lebih 80 peratus ialah Lembah Klang iaitu sebanyak 111.9 peratus, Labuan (99), Negeri Sembilan (98.4) dan Perlis (92.9).

Kemajuan negeri-negeri lain ialah Sarawak (89.7), Melaka (88.6), Pulau Pinang (87.1), Terengganu (86.2) dan Johor (85.3).

Sementara itu, bagi PICK-Remaja, seramai 129,152 individu telah lengkap suntikan dos dan 1,935,972 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 209,907 dos telah diberikan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos sejak PICK bermula Februari lalu adalah 45,007,832.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada perkembangan sama, sebanyak 105 kes kematian berkaitan Covid-19 termasuk bilangan kes tertunggak dilaporkan dan daripada jumlah itu, 26 kes merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Terdapat 132,175 kes aktif di seluruh negara dengan sebahagian besarnya (80.9 peratus) atau 106,903 individu menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 16,328 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Di hospital pula, terdapat 8,097 pesakit Covid-19 dan 402 kes ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.