'Recall election' bukan untuk susahkan rakyat

Azalina pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Azalina pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ bukan bermaksud untuk menyusahkan mana-mana pihak namun bertujuan untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dengan adanya ‘recall election’ membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.

“Proses meletakkan ahli Parlimen di Parlimen terletak pada rakyat.

Jadi rakyat ada hak untuk menentukan sama ada nak ganti mereka atau tidak.

Itu dinamakan recall election.

“Sebab berkemungkinan, mereka tak kisah wakil rakyat mereka bergerak.

Sebab kalau nak buat pilhanaraya secara automatik kemungkinan akan ada masalah kos dari segi masa dan akan mewujudkan suasana kelam kabut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Program yang dikendalikan oleh Norhayati Nordin itu turut menampilkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann sebagai panelis jemputan.

Mengulas lanjut Azalina berpendapat, meskipun ada yang berpandangan ‘recall election tersebut rumit untuk dilaksanakan namun ia perlu segera dilakukan bagi mengelakkan pelbagai masalah lain timbul.

“Rumit tak rumit recall election perlu disegerakan. Kalau kita tidak kawal masalah ini situasi seperti yang berlaku di negeri melaka sebagai satu contoh sheraton move akan berlaku.