X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Kemelut PSM: Jangan pinda draf perlembagaan

Markiman
A
A

KUMPULAN G10 memberi amaran kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) supaya tidak meminda draf perlembagaan yang sudah dipersetujui antara G10, PSM dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam usaha mengakhiri kemelut yang melanda badan induk tersebut.

Malah menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran, gabungan itu tidak teragak-agak menamatkan kerjasama dengan PSM sekali gus menubuhkan entiti baru sukan sepak takraw negara sekiranya ia tidak dipatuhi PSM.

“G10 sepakat membuat ketetapan muktamad bahawa sekiranya Mesyuarat AMT (Ahli Majlis Tertinggi) Khas PSM pada 7 Oktober (Khamis) dan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) PSM bertindak meminda apa juga terma di dalam draf pindaan perlembagaan PSM atau menolak draf pindaan perlembagaan PSM, G10 akan menamatkan kerjasama dengan PSM.

“Malah G10 juga akan menubuhkan entiti baharu bagi menggantikan PSM yang telah rosak imej dan kredibilitinya akibat disingkir dari Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

“Pada masa sama G10 juga akan menggesa PJS supaya membubarkan PSM kerana tiada kesungguhan menyokong usaha murni remedi (pemulihan) yang dipersetujui bersama untuk mengembalikan semula PSM ke dalam ASTAF.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa walaupun terdapat dalam kalangan G10 yang menyertai semula PSM tetapi masih tetap utuh berpegang teguh kepada proses penyelesaian kemelut PSM berdasarkan pelan remedi PSM yang diusahakan dan dipersetujui bersama G10-PJS-PSM,” kata Markiman

G10 sebelum ini menerusi kenyataan sama menegaskan mereka berpegang teguh kepada usaha perubahan di dalam PSM seperti dipersetujui antara G10, PSM dan PJS.

“G10 tetap berpegang pada ketetapan di mana draf pindaan perlembagaan PSM yang diusahakan dan dipersetujui PJS-G10-PSM mestilah diterima sebulat suara oleh PSM dalam EGM PSM tanpa adanya bantahan,” kata kenyataan itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!