Bersatu sahkan keahlian ADUN Telok Mas digugur serta-merta

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas). - Foto Awani
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas). - Foto Awani
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan parti itu telah menggugurkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad serta-merta.

Menurutnya, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik Bersatu pada Rabu dan ia akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada akan datang.

“Biro Politik Bersatu melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan empat ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran DUN ketika rakyat sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Biro Politik Bersatu berpendapat bahawa kemelut politik ini berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu.

“Bahkan ia bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan bahawa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas empat orang ADUN kerajaan negeri iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi mengesahkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sehubungan itu, Hamzah berkata, pihaknya berpendirian kemelut politik di negeri Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Persekutuan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Artikel Berkaitan: