Kerjasama dengan Bersatu: UMNO Melaka akur keputusan kepimpinan

Ab Rauf (kanan). - Foto fail Bernama
Ab Rauf (kanan). - Foto fail Bernama
A
A
A

MELAKA - UMNO Melaka akur sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, meskipun UMNO negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), namun parti itu juga bersedia untuk bertanding bersendirian.

“UMNO ini sudah bersedia dengan apa jua keadaan. Tetapi kita kena akur dengan keputusan pucuk kepimpinan. Lagipun, perkara ini (kerjasama) masih belum habis berbincang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka seperti yang dilaporkan sebuah portal berita pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada 4 Oktober daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan sehubungan itu berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: