Satu lokaliti di Pahang dikenakan PKPD bermula 8 Oktober

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) bermula pada 8 Oktober ini sehingga 21 Oktober depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti terlibat ialah Prosdet Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis.

"PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, beliau mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Rompon, Tambunan, Sabah.

Katanya, PKPD di kawasan tersebut tamat seperti dijadualkan iaitu pada 7 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: