Amaran cuaca waspada, hujan lebat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. - Foto 123rf
Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dengan hujan lebat dijangka berlaku bermula pada Rabu hingga Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada 4 petang Rabu memaklumkan kawasan yang terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda, manakala bagi Perlis dan Pulau Pinang, tidak dinyatakan kawasan secara spesifik.

Kenyataan itu turut memberitahu angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: