Lelaki disyaki cabul budak perempuan ditahan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah bangunan lama di Pulau Indah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penduduk setempat menahan suspek itu pada jam 8.30 malam, pada Selasa.

"Suspek berusia 23 tahun itu kemudian telah diserahkan kepada polis pada jam 1.05 pagi, Rabu untuk tindakan lanjut. Suspek disyaki memeluk mangsa dan meraba payu dara," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Shamsul Amar berkata, hasil semakan lanjut mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu forklift itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

"Lelaki itu direman dua hari bermula Rabu hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan: