Kerajaan Pulau Pinang desak projek pembesaran LTAPP diutamakan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan pusat perlu memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, penangguhan projek berkenaan seperti diumumkan Menteri Pengangkutan dalam Sesi Ucapan Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam adalah perlu dinilai serta dilihat semula.

"Hakikatnya, pelan kebenaran merancang bagi projek pembesaran LTAPP telah lama diluluskan iaitu sebelum kerajaan pusat memutuskan pelaksanaan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang (NASP) bagi semua lapangan terbang dalam negara sehingga tempoh 2023.

"Kerajaan negeri telah beberapa kali mendesak supaya kerja-kerja naik taraf serta pembesaran LTAPP dilaksanakan tanpa perlu menunggu keputusan NASP, namun tiada maklum balas positif yang diberikan,"katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kon Yeow berkata, mengambil kira situasi Covid-19 pada ketika ini, kerja-kerja naik taraf serta pembesaran LTAPP boleh dilaksanakan kini tanpa sebarang kesesakan penumpang.

Malah katanya, usaha ini sekali gus dapat menyediakan LTAPP pada tahap terbaik sebaik sekatan perjalanan serta pintu sempadan dibuka kelak.

Artikel Berkaitan: