Tekong nelayan didenda RM1.5 juta rasuah pegawai Maritim

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang tekong bot nelayan Vietnam didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu menawarkan suapan RM2,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap tertuduh, Tran Van Minh, 42, jika gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Vietnam, tertuduh mengaku menawarkan suapan RM2,000 kepada pegawai Maritim sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan 20 awak-awak.

Tawaran suapan itu dibuat bagi membolehkan dia dan 20 awak-awaknya terlepas daripada kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh perairan negara.

Tertuduh melakukan kesalahan itu ketika ditahan di lokasi 83 batu nautika tenggara Kuala Kuantan, kira-kira jam 8.39 pagi pada 12 Disember tahun lalu.

Van Minh didapati bersalah mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin, manakala tertuduh diwakili peguam, Suhaimi Ismail.

Artikel Berkaitan: