Kerajaan sasar Malaysia sebagai pengeluar vaksin

Kerajaan sasar Malaysia sebagai pengeluar vaksin dalam tempoh 10 tahun.Gambar hiasan
Kerajaan sasar Malaysia sebagai pengeluar vaksin dalam tempoh 10 tahun.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Satu Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara akan dilancarkan dalam masa terdekat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, pelan ini dikoordinasi melalui kerjasama strategik pelbagai pihak merangkumi badan kerajaan, industri, akademia dan masyararakat supaya pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dikonsilidasikan.

“Tanggungjawab baharu yang diamanahkan untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meningkatkan keupayaan penghasilan vaksin tempatan merupakan sesuatu yang amat perlu pada masa ini.

“Sasaran kerajaan kini adalah Malaysia boleh menjadi pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dr Adham menambah, sebagai permulaan kepada pelan terbabit, sebuah pusat vaksin negara akan ditubuhkan iaitu Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Inisiatif ini perlu disegerakan kerana kerajaan sedar adalah sukar untuk Malaysia terus bergantung dan mendapatkan vaksin daripada negara maju.

“Oleh itu, kepakaran dalam negara telah dikenal pasti dan sedang disusun bagi memastikan strategi dan tindakan dapat dilakukan mengikut garis masa ditetapkan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: