Sabah buat persediaan awal tangani banjir

Shahelmey (tiga dari kiri ) membuat tinjauan barang keperluan untuk menghadapi musim banjir di Depoh Simpanan Barang Bencana di Sembulan, Kota Kinabalu.
Shahelmey (tiga dari kiri ) membuat tinjauan barang keperluan untuk menghadapi musim banjir di Depoh Simpanan Barang Bencana di Sembulan, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah membuat persediaan awal bagi menangani musim banjir dengan memastikan bekalan barang yang diperlukan mencukupi untuk penduduk yang terjejas.

Persediaan itu susulan daripada ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berhubung kejadian hujan dan ribut dijangka berlaku di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penghantaran barang persediaan banjir ke daerah-daerah yang dijangka berlakunya banjir sedang dilakukan.

"Seperti yang diramal oleh Met Malaysia, kita sedang mengalami peralihan monsun, kejadian hujan lebat dan ribut dijangka akan berlaku dalam November dan Disember ini.

"Penghantaran barang-barang persediaan untuk menghadapi bencana banjir seperti tilam, bantal dan beberapa barang keperluan lain ke daerah-daerah yang sering mengalami banjir sedang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Depoh Simpanan Barang Bencana di Sembulan pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan cuaca ketika musim hujan ini.

"Bagi mereka yang tinggal di kawasan cerun dan atas air, sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang tidak menentu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: