Harga petrol RON97 naik 1 sen, RON95, diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.77 mulai esok (7 Oktober) hingga 13 Oktober menurut Kementerian Kewangan pada Rabu.

Dalam kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata, bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 sehingga 13 Oktober.

Menurutnya ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: