RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan MA63 dibentang di Parlimen

Wan Junaidi. - Foto fail Bernama
Wan Junaidi. - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bacaan kali pertama dijadual pada 26 Oktober dan diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober.

"Ketika Pejabat Peguam Negara sedang meneliti peruntukan undang-undang berkenaan, kami sudah mengambil langkah dengan mengadakan libat urus membabitkan pemegang taruh seperti ahli Parlimen, Pemimpin Sabah dan Sarawak dan peguam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, tindakan tersebut telah mendapat sokongan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Md Noor.

"Perbincangan rasmi bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat khas berkaitan MA63 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diadakan pada 21 Oktober sebelum pembentangan kertas kerja khas dibuat sehari kemudian.

"Penjelasan membabitkan pindaan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah penting bagi memberi perincian terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak, termasuk rakyat terutama penduduk asal kedua-dua negeri berkenaan," katanya.

Wan Junaidi berkata, selama bertahun-tahun hak Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam MA63 telah terhakis.

Artikel Berkaitan:

"Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan meminda beberapa peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.