Pas belum bincang pendirian mengenai krisis politik di Melaka

Mohd Amar.
Mohd Amar.
A
A
A

KOTA BHARU – Pas belum membincangkan mengenai pendirian parti berhubung konflik politik di Melaka.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti berkenaan memantau keadaan semasa mengenai kontroversi politik di Melaka bagi memudahkan pihaknya membuat keputusan sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya.

“Kami akan adakan mesyuarat dan Lajnah Politik bincangkan perkara ini.

“Buat masa sekarang, Pas banyak memantau keadaan politik di Melaka. Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sudah bubar, tetapi belum nampak kemungkinan pilihan raya (negeri). Mungkin sahaja ada pilihan selain pilihan raya.

“Jadi, biarlah kami bincang dulu dan tengok apa yang terbaik. Kepimpinan Pas akan keluarkan kenyataan rasmi apabila parti sudah dapat keputusan mengenai hal ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Kata Mohd Amar, Pas menerima pelbagai pandangan mengenai krisis politik di Melaka namun partinya itu perlu membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Ia memerlukan satu perbincangan yang matang. Sebab itu kami akan buat penilaian untuk membuat keputusan. Bimbang nanti ada perubahan. Namun sebarang keputusan nanti pastinya memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita tidak sangka berlalu pembubaran ini. Ingatkan hanya pertukaran Ketua Menteri, rupanya bubar," katanya.

Artikel Berkaitan: