104 projek sekolah daif tidak dilaksanakan sehingga 5 Oktober

Tangkap layar ciapan Twitter Maszlee pada Rabu
Tangkap layar ciapan Twitter Maszlee pada Rabu
A
A
A

SHAH ALAM - Papan pemuka atau dashboard bagi Projek Daif di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaparkan maklumat sekolah-sekolah daif di seluruh negara menunjukkan sejumlah 104 projek tidak dilaksanakan sehingga semalam.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mendakwa, dashboard tersebut boleh diakses selepas isu ‘error 404’ ditimbulkan di Dewan Rakyat pada Selasa.

“Malam semalam, dashboard projek naik taraf sekolah dah boleh diakses selepas saya timbulkan isu 404 di dewan.

“Bila diakses... mengejutkan! 104 projek untuk tahun 2021, satu pun belum bermula sehingga 5 Oktober!

“Patutlah bila diminta berikan perincian RM1.6 bilion, tidak mahu berikan!” Katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Artikel Berkaitan: