Covid-19: 9,380 kes baharu, 181 kategori tiga hingga lima

Jumlah kes baharu Covid-19 negara mencatat peningkatan apabila merekodkan 9,380 kes hari ini berbanding 8,817 pada Selasa.
Jumlah kes baharu Covid-19 negara mencatat peningkatan apabila merekodkan 9,380 kes hari ini berbanding 8,817 pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 terus meningkat kepada 9,380 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 181 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

"Bakinya, 9,199 kes atau 98.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dah dua," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, empat negeri melaporkan kes melebihi 1,000 adalah Sarawak (1,503), Kelantan (1,170), Selangor (1,116) dan Johor (1,105).

Sabah pula merekodkan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200), Perlis (42), Putrajaya (18) dan Labuan (lapan).

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 2,303,837," katanya.

Beliau berkata, terdapat 851 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU dan 447 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Bagi kes sembuh pula, terdapat peningkatan iaitu 13,045 kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,144,681 kes kumulatif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kluster Covid-19 sejak wabak itu melanda negara Februari tahun lalu adalah 5,547.

"Terdapat 11 pertambahan kluster baharu membabitkan masing-masing lima kluster tempat kerja dan komuniti," katanya.

Ujarnya, satu kluster kumpulan berisiko tinggi turut dikenalpasti.

"Jumlah kluster yang telah diisytiharkan tamat adalah 4,615 manakala 932 lagi masih aktif," katanya.