Kerajaan belum umum kebenaran rentas negeri: Hishammuddin

Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bagi memberi kebenaran untuk rentas negeri dilakukan memandangkan kadar capaian vaksinasi semasa ketika ini.
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bagi memberi kebenaran untuk rentas negeri dilakukan memandangkan kadar capaian vaksinasi semasa ketika ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bagi memberi kebenaran untuk rentas negeri dilakukan memandangkan kadar capaian vaksinasi semasa ketika ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia perlu melepasi penanda aras yang ditetapkan sebelum ini iaitu 90 peratus sebelum sebarang keputusan dibuat dan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setakat hari ini saya dimaklumkan kejayaan kita dah sampai 88.4 peratus jadi mungkin kita akan sampai kepada 90 peratus ini dalam beberapa hari sahaja lagi.

“Jangan kita tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan tanpa sasaran yang tepat. Ia mesti bersandarkan kepada data dan kalua sekiranya 90 peratus yang ditetapkan oleh semua pihak, kita kena pastikan bahawa kalau 90 peratus ini dikecapi, kita tunggulah pengumuman oleh Perdana Menteri nanti,“ jelasnya ketika ditanya media di ibu negara pada Rabu.

Jelasnya kerajaan mengambil pendekatan cukup bertanggungjawab dan berhati-hati dalam menentukan peratusan kadar tersebut demi memastikan keselamatan semua pihak.

“Apa yang kita lakukan kebelakangan ini banyak bersandarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang ditunjukan oleh data yang diperolehi. Saya berpuas hati dengan perjalanan kita menghadapi dalam menangani COVID-19 setakat ini,” katanya.

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 September lalu mengatakan bahawa kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan pada awal atau selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.

Bagaimanapun jelasnya keputusan itu akan bergantung kepada kepada perkembangan program imunisasi vaksin yang perlu mencapai kadar yang ditetapkan iaitu 90 peratus. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: