X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Program Agropreneur Muda bantu 7,571 usahawan muda: MAFI

Ahmad
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah membantu seramai 7,571 usahawan muda melibatkan peruntukan RM155 juta melalui Program Agropreneur Muda yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri makanan sejak 2016 hingga 31 Ogos 2021.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagi tahun ini, sejumlah RM15 juta telah diperuntukkan untuk membantu seramai 750 usahawan muda melalui bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM).

“Dalam program ini juga, seramai 7,400 orang telah dibantu melalui kelulusan GAM yang bernilai RM131.87 juta manakala 165 orang telah diluluskan daripada Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (Agro-YES) melalui Agrobank dan Tekun Nasional yang berjumlah RM23.13 juta.

“Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dengan peningkatan penerima geran pada 2020 iaitu seramai 1,149 melibatkan peruntukan RM21.73 juta berbanding 2019 seramai 750 manakala pada 2018 seramai 785 orang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk John Ambrose yang ingin mengetahui status prestasi program-program pertanian seperti Agropreneur Muda, sambutan dan impaknya kepada rakyat Malaysia dan peratusan geran Agropreneur Muda diagihkan untuk Sabah dan Sarawak di Dewan Negara pada Rabu.

Ahmad berkata, peruntukan bantuan geran secara keseluruhannya bagi Sabah dan Sarawak adalah sebanyak RM16.91 juta atau 12.82 peratus daripada jumlah keseluruhan geran.

“Bagi 2016 hingga 2021, seramai 568 usahawan muda di Sabah telah menerima bantuan GAM manakala Sarawak melibatkan 497 usahawan muda yang menerima bantuan ini,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!