Penjara 8 tahun, 10 sebat kerana dadah

Tertuduh (kiri) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
Tertuduh (kiri) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku salah memiliki 8.35 gram dadah jenis heroin.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Che Hamzah Hussin, 33, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan.

Beliau mengarahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Disember 2018.

Tertuduh didakwa memiliki 10 botol dadah jenis heroin seberat 8.35 gram di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lembah, Cherang Ruku, Pasir Puteh, pada jam 10.10 malam, 21 Disember 2018.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar.

Artikel Berkaitan: