UMNO Melaka positif kerjasama dengan mana-mana pihak

Ab Rauf Yusoh
Ab Rauf Yusoh
A
A
A

MELAKA - UMNO Melaka mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengan mereka termasuk Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, segala keputusan dan sebarang cadangan daripada UMNO negeri akan dimuktamadkan serta diperhalusi oleh UMNO Pusat.

"Apa yang pasti, faktor-faktor negeri harus diambil kira bagi memastikan kita menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN)," katanya.

Rauf berkata demikian ketika ditemui pemberita di Masjid Tanah di sini pada Rabu.

Media pada Selasa melaporkan Perikatan Nasional (PN) Melaka bersedia mengadakan rundingan dengan UMNO bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka.

Pengerusi PN, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, PN terbuka dalam soal itu, namun terserah kepada UMNO untuk membuat keputusan.

Dalam pada itu, Rauf berkata, sekiranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan PRN diadakan, maka kaedah perjalanan PRN di negeri ini akan menjadi rujukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang terutama dalam suasana pandemik Covid-19.

Ujar beliau, ia juga merupakan satu peluang bagi kedua-dua agensi kerajaan itu melakukan penambahbaikan kaedah perlaksanaan pilihan raya dalam suasana pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Apa juga kaedah dicadangkan Pusat, kita akan terima sama ada kaedah secara maya dan bersemuka pengundian, itu hak kerajaan Persekutuan sebagai SOP," katanya.