Penjaga premis judi dalam talian diberkas

Peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Besi di sini pada Selasa.
Peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Besi di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki penjaga premis perjudian dalam talian diberkas dalam serbuan di Desa Tasik, Sungai Besi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dalam serbuan jam 11 malam itu, pihaknya turut merampas lima buah tablet, tetikus dan papan kekunci yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian, sebuah modem serta wang tunai berjumlah RM120.

Menurutnya, premis itu dipercayai baru beroperasi seminggu.

"Kes disiasat di bawah Sek 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan judi dalam talian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman di talian 03- 9058 2222," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: