X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM terus giat buru Jho Low

Jho Low
A
A

KUALA LUMPUR - Perbincangan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak berkuasa China masih berjalan dalam usaha menjejak ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB masih berjalan dalam usaha menjejak ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai butiran lokasi sebenar Jho Low namun usaha mengesannya masih dilakukan.

“Ramai kata dia (Jho Low) di China, tapi kita tak pasti tentang itu. Polis sedang berusaha menjejak Jho Low kerana ini ada kaitan dengan 1MDB.

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM pertimbang beri ganjaran tangkap Jho Low

“Selain Jho Low, beberapa individu yang mempunyai kaitan bagi membantu siasatan 1MDB juga sedang giat dicari,” katanya dalam sidang media Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM bagi tahun 2018 di Bukit Aman, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi memberitahu, siasatan berhubung 1MDB berjalan dengan lancar dan kertas siasatan telah diberikan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, berhubung prosedur barang kes 1MDB yang dirampas, Mohamad Fuzi berkata, ia telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

"Kita akan ambil maklum balas dan ada tempoh tertentu yang perlu kita patuh dan akan kita lengkapkan sebelum tempoh luput.

“Kalau tidak silap, kita mempunyai tempoh sehingga 16 Mei ini untuk menyimpan barang yang dirampas berhubung kes 1MDB sebelum ia diserahkan kepada pihak mahkamah untuk proses seterusnya," katanya.

Pada 25 Januari lalu, PDRM dilaporkan sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes berhubung 1MDB iaitu tiga rakyat Malaysia, Tan Sri Low Hock Peng, 67; Goh Gaik Ewe, 67; dan Tan Kim Loong, 41; serta seorang wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 55.

Mengikut rekod, Hock Peng dan Gaik Ewe adalah ibu bapa kepada ahli perniagaan dalam buruan polis, Jho Low.

Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, dilaporkan berkata jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas berkaitan kes 1MDB bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!