X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Kastam patahkan cubaan seludup dadah guna polisterin

Abdullah (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas JKDM Sabah dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A

KOTA KINABALU - Taktik menyeludup dadah bernilai lebih RM500,000 menggunakan kotak polisterin berisi ikan segar gagal apabila dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah di kawasan kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini.

Rampasan dadah sebanyak 12.4 kilogram (kg) itu dilakukan kira-kira jam 5 petang pada 29 September lalu oleh anggota kastam dari Cawangan Penguatkuasaan LTAKK.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat bungkusan plastik yang mencurigakan di kargo berkenaan.

Katanya, disyaki bungkusan berkenaan mengandungi bahan terlarang dadah di dalam kotak polisterin dagangan ikan sejuk beku untuk tujuan eksport ke luar negara.

"Pemeriksaan mendapati sebanyak 23 polisterin ditemui mengandungi 23 paket hablur putih dipercayai dadah jenis methamphetamine dan ketamine.

"Hasil pemeriksaan lanjut terdapat sebanyak 9.221 kg methamphetamine dan 3.190 kg ketamine dengan nilai anggaran keseluruhan RM501,026 ditemui didalam polisterin berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Sri Khazali, Menara Kastam Sabah di sini pada Rabu.

Menurutnya, pihaknya percaya ia adalah modus operandi penyeludup untuk menyeludup dadah menggunakan polisterin berisi ikan segar ke luar negara.

"Dadah ini dimasukkan ke dalam polisterin bersama pelbagai jenis ikan segar dan setiap kotak polisterin akan dimasukkan sebanyak 500 gram dadah. Sebab itu ada 23 kotak polestrin dan ada 23 bungkusan dadah bersama ikan segar.

"Ini adalah rampasan kedua yang dilakukan kastam Sabah menggunakan taktik yang sama iaitu pada bulan lalu namun pihak kita masih menyiasat kaitan kedua-dua kes ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!