Buat ujian RTK sebelum pulang ke kampung: KJ

Tangkap layar ciapan Twitter Khairy pada Rabu
Tangkap layar ciapan Twitter Khairy pada Rabu
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan untuk melakukan ujian RTK-Antigen menggunakan air liur sebelum pulang ke kampung berjumpa keluarga.

Menurutnya, pelaksanaan tersebut bagi memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat.

Tambahnya, hanya tinggal 1.6 peratus lagi kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus sebelum sempadan antara negeri dibuka.

"Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah beralih ke ujian simptomatik dan mendorong orang yang berada dalam persekitaran hubungan serta mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Pada Rabu, seramai 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan dos vaksin.

Menerusi data yang dikemas kini di laman sesawang CovidNow setakat jam 11.59 pada Selasa, sejumlah 1,418,743 atau 94.5 peratus individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan sekatan jalan raya ketika negara akan beralih kepada fasa endemik.

"Kita tidak boleh melaksanakan sekatan jalan raya untuk melihat apakah anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

“Kini banyak bergantung pada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” ciapnya di Twitter.