5 bilion penduduk dijangka hadapi krisis air menjelang 2050

Menjelang tahun 2050 sejumlah lima bilion penduduk dunia dijangka mengalami masalah kekurangan bekalan air.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Menjelang tahun 2050 sejumlah lima bilion penduduk dunia dijangka mengalami masalah kekurangan bekalan air.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

WASHINGTON - Menjelang tahun 2050 sejumlah lima bilion penduduk dunia dijangka mengalami masalah kekurangan bekalan air, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra)

Pada tahun 2018, jumlah orang yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air sebanyak 3.6 bilion.

Sejak 20 tahun lepas, penyimpanan air di daratan - penjumlahan semua air di atas dan bawah permukaan tanah termasuk kelembapan tanah, salji dan ais - menurun pada kadar satu sentimeter per tahun, menurut WMO.

Kehilangan bekalan air terbanyak dilaporkan berlaku di Antartika dan Greenland. Sebilangan lokasi di kawasan rendah berpenduduk padat mengalami kehilangan air disebabkan kaedah penyimpanan tradisional yang menjejaskan keselamatan bekalan air.

Keadaan itu bertambah buruk apabila hanya 0.5 peratus air di bumi yang dapat digunakan.

Justeru langkah bersepadu untuk menyokong pengurusan sumber air amat diperlukan selain pelaburan yang mampan bagi memastikan penduduk dunia terus memperoleh bekalan air mencukupi, menurut agensi agensi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: