Lelaki paling tua di Perancis meninggal dunia

Jules Theobald. - Foto AFP
Jules Theobald. - Foto AFP
A
A
A

FORT-DE-FRANCE - Lelaki paling tua di Perancis, Jules Theobald telah meninggal dunia ketika beliau berumur 112 tahun, kata keluarganya pada Selasa.

Theobald yang berkulit hitam dan berasal dari Pulau Martinique, Caribbean meninggal dunia di rumahnya di bandar utama pulau tersebut, Fort-de-France.

Dilahirkan pada 17 April 1909 tetapi keluarganya mendakwa beliau lahir dua tahun lebih awal daripada tarikh itu.

Bapa kepada tiga orang anak itu bekerja sebagai pekerja di sebuah limbungan dan nelayan.

Lelaki paling tua di dunia pada Selasa lalu ialah seorang warga Sepanyol, Saturnino de la Fuente Garcia.

Beliau berusia 112 tahun dan 236 hari pada Selasa dan dilahirkan dua bulan dan satu minggu sebelum Theobald dilahirkan.

Perancis juga sebelum ini mempunyai individu yang diketahui tertua di dunia iaitu Jeanne Calment yang berusia 122 tahun dan 164 hari tetapi meninggal dunia pada tahun 1997.

Manusia paling tua di dunia yang masih hidup ketika ini ialah seorang wanita dari Jepun, Kane Tanaka yang berusia 118 tahun dan 276 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: