X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Sindiket edar ganja, pil kuda tumpas

Sebanyak 62 ketulan ganja mampat dirampas daripada lelaki warga India di Bandar Lahat Mines pada Isnin.
A
A

IPOH - Tiga individu termasuk dua wanita dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis merampas ganja dan pil kuda bernilai RM276,102.50 dalam serbuan di Bandar Lahat Mines dan Lahat di sini pada Isnin.

Tangkapan suspek berusia 21, 26 dan 42 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang itu berjaya menahan seorang lelaki warga India berusia 42 tahun di sebuah rumah kedai.

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash

"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 62 ketulan mampat daun-daun kering yang disyaki ganja anggaran seberat 62 kilogram bernilai RM248,000.

"Penahanan itu membawa serbuan susulan di sebuah rumah di Lahat yang didiami dua wanita termasuk seorang warga Indonesia.

"Polis telah merampas sebanyak 1,400 pil kuda dan ganja seberat 2.05 gram bernilai RM28,102.50," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang aktif sejak tiga bulan lalu dipercayai mengambil bekalan dadah dari sebuah negeri di utara Semenanjung untuk pasaran tempatan.

"Jumlah dadah dirampas boleh digunakan kepada lebih 151,000 penagih dadah. Siasatan mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah lori, kereta jenis Proton Waja, dua motosikal dan barang kemas bernilai RM86,663," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!